Difahamkan, serbuan kira-kira pukul 12 malam itu adalah untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang mengatakan ahli politik terbabit disyaki menerima sejumlah wang sebanyak RM20 juta sehari selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berlangsung pada 9 Mei lalu.

Bagaimanapun, setakat ini cubaan Kosmo! menghubungi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi bagi mendapatkan pengesahan kes berkenaan gagal.

Pada PRU-14, Star yang memenangi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor dan Tambunan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri.

Dakwaan mengatakan, Jefrrey yang merupakan Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan telah menerima sejumlah wang tunai sebagai syarat persetujuan menyertai BN untuk membentuk Kerajaan Negeri Sabah di bawah pentadbiran Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman. - K! ONLINE