Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, kebakaran itu melibatkan tingkat bawah premis tersebut.

"Kedai tersebut terbakar 40 peratus, namun tiada mangsa terlibat. 

"Kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke tingkat atas dan bangunan bersebelahan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Eva Saifun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.23 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira tiga minit kemudian.

Menurut beliau, seramai sembilan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah bersama beberapa buah jentera dikerahkan memadamkan kebakaran itu.

Jelas beliau, api dapat dikawal daripada merebak kira-kira pukul 9.28 malam sebelum kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 10.26 malam.

"Nila kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba," katanya. - K! ONLINE