Dalam serbuan Ops Dadu Bookie Kuda kira-kira pada pukul 3.30 petang itu, polis menahan pemilik restoran yang merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun.

Turut ditahan 30 lelaki dan tiga perempuan yang merupakan ejen dan pemain pertaruhan.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kesemua tangkapan berusia dalam linkungan umur 40 hingga 77 tahun dan bekerja sendiri.

"Polis turut merampas barang-barang yang digunakan untuk berjudi seperti alat kelui, keratan akhbar berbahasa Cina memaparkan jadual lumba kuda serta keratan kertas putih mempunyai catatan pertaruhan.

"Selain itu, terdapat juga kepingan jubin yang terdapat catatan pertaruhan, pen, marker pen, telefon bimbit, kain tuala pengelap serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM25,787," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Mohd. Khaizam, semua tangkapan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953. - Bernama