Pengusaha Kedai Gunting 2020, Md. Rezales Baharuddin, 46, memberitahu, terpaksa menutup operasinya sehingga pukul 1 pagi tadi selepas kira-kira 400 pelanggan hadir bagi membuat potongan rambut. 

"Kebiasaannya saya membuka operasi bermula pukul 9 pagi hingga 9.30 malam sahaja dengan sambutan pelanggan kira-kira 200 pelanggan sehari. 

"Saya anggap kehadiran pelanggan itu sebagai bonus dan rezeki Aidilfitri kepada saya dan enam lagi pekerja di kedai gunting ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Md. Rezales menjangkakan kehadiran pelanggan akan terus meningkat 
bagimendapatkan perkhidmatan menggunting rambut pada hari terakhir menjelang raya. 

Tambahnya, faktor tarikan kedainya adalah menawarkan potongan rambut terkini seperti Undercut, Uppercut, Pompadour dan Crewcut. 

"Selain itu, harga berpatutan untuk khidmat menggunting rambut iaitu RM9 bagi dewasa, murid sekolah menengah (RM7) dan murid sekolah rendah (RM6) juga menjadi faktor orang ramai selesa menggunting di sini," jelasnya. - K! ONLINE