Menurut Pejabat Hubungan Media Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, pasukan respons kecemasan telah digerakkan dan dapat mengawal keadaan dan telah memaklumkannya kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan.

"Tiada impak ke atas masyarakat di sekeliling dan alam sekitar. Siasatan masih dijalankan," menurut pejabat itu dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Untuk rekod, SSGP sepanjang 512 kilometer itu mengangkut gas dari Kimanis, Sabah ke Bintulu, Sarawak untuk diproses menjadi gas asli cecair (LNG) di Kompleks LNG Petronas untuk dieksport. - Bernama