Ia selaras dengan hasrat kerajaan baharu untuk menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai medan intelektual.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, gesaan itu dikeluar­kan oleh beliau sendiri berkuat kuasa serta-merta.

“Sebagai Menteri Pendidikan, saya menggesa Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar supaya tidak me­lakukan sekatan bagi penganjuran program-program ilmiah, wacana dan dialog di universiti.

“Begitu juga dengan sekatan atau tindakan menghalang kema­sukan kenderaan awam ke universiti juga tidak lagi dibenarkan.

“Kita mahu universiti awam menjadi medan perkongsian intelektual dan setaraf universiti di negara maju seperti Universiti Oxford dan Universiti Cambridge,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu beliau berbuka puasa bersama warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Majlis Iftar KPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 11 (1) di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.