Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, operasi memadam dan mengawal api yang bermula seawal pukul 8 pagi tadi dihentikan sementara pada pukul 5.30 petang tadi dan akan disambung semula pagi esok.

"Kebakaran yang bermula sejak petang semalam itu merebak, bagaimanapun kita berjaya mengawal api daripada terus merebak ke kawasan lebih luas dan kebakaran di laluan pendakian juga sudah berjaya dipadamkan.

"Pagi esok kita akan gunakan helikopter untuk bantu proses memadamkan api," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 14 anggota bomba yang turut dibantu lebih 50 anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasa termasuk malim gunung terlibat dalam proses memadam api hari ini.

Katanya, punca kebakaran masih belum diketahui, namun pihak bomba tidak menolak kemungkinan ia disebabkan oleh aktiviti pendakian. - Bernama