Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, ketika ini, pihaknya sudah mempunyai senarai nama itu dan sedang menentukan bahawa individu terbabit tidak berat sebelah selain mempunyai kelayakan diperlukan.

“Ini bagi menentukan laporan itu nanti tidak berat sebelah ataupun mahu melindungi, sebab itu kita ambil sedikit masa dan saya akan umumkan dalam tempoh terdekat.

“Saya sudah mempunyai senarai nama, namun tidak boleh diumumkan ketika ini memandangkan perlu merujuk nama yang dicadangkan itu dengan badan-badan tertentu sama ada mereka bersetuju atau tidak,” katanya selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Warga Kementerian, Jabatan dan Agensi Kementerian Dalam Negeri sini tadi.

Turut hadir Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Peguam Negara, Tommy Thomas. - K! ONLINE