Malah, katanya pada masa ini kerajaan berusaha menyediakan lebuh raya tanpa tol seperti Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak serta Lebuhraya Utama Tengah atau Central Spine Road (CSR) yang melalui Pahang ke Kelantan, bagi memenuhi keperluan tanpa membebankan rakyat.

“Kerajaan juga mengkaji struktur dan juga kadar tol melalui pelbagai inisiatif seperti penangguhan kenaikan kadar tol yang dilaksanakan beberapa kali dan seterusnya melaksanakan pemansuhan beberapa tol seperti yang telah kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan sekarang.

“Ketika ini kerajaan juga telah banyak melakukan beberapa penambahbaikan terhadap terma-terma dalam perjanjian konsesi bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.