Presidennya, Datuk Seri Thiagaraja berkata, inisiatif murni tersebut bertujuan mengurangkan lambakan warga asing di negara ini khususnya yang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen.

Katanya, ia secara tidak langsung membantu dan mendokong usaha kerajaan dalam mengurangkan keberadaan serta lambakan PATI di negara ini.

“Keutamaan akan diberikan kepada wanita, kanak-kanak dan warga emas serta mereka yang mengalami masalah kesihatan serius.

“Kebanyakan daripada warga asing ini menetap lebih daripada tempoh yang ditetapkan kerajaan sekali gus berdepan dengan kompaun yang tinggi serta tidak mampu dilunaskan mereka,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Timbalan Presiden KDM, Mohamed Imran Hasan.

Menurut Thiagaraja, tawaran tersebut mengguna pakai 100 peratus dana kewangan milik KDM dan menyeru khususnya kepada pihak kerajaan agar menyambut baik serta menyokong inisiatif tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-5612 7771 atau 03-5624 1555 serta e-mel ke [email protected] - K! ONLINE