Ketua Pengarahnya, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, bagi tempoh 1 April 2015 hingga 31 Mei 2018, pihaknya membuat tuntu­tan berjumlah RM82.9 bilion bagi keper­luan pembayaran balik GST bagaimanapun jumlah penuh tidak dipindahkan ke dalam Tabung Amanah.

“Jumlah tuntutan itu berdasarkan Borang GST-03 iaitu untuk bayaran balik GST yang difailkan ke dalam Sistem GST JKDM oleh pembayar cukai dan dilaporkan oleh JKDM pada Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan,” jelas kenyataan itu semalam.

Bagaimanapun, Subromaniam memberitahu, da­ripada RM82.9 bilion yang dituntut hanya RM63.5 bilion dibayar balik melalui Tabung Amanah bagi sepanjang tempoh itu.

“Oleh itu, pada 31 Mei 2018, Tabung Amanah mengalami kekurangan wang untuk membayar bayaran balik cukai GST sebanyak RM19.4 bilion,” katanya.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.