Menurut kenyataan IPPJ, karnival tersebut berlangsung selama tiga hari itu melibatkan 27 buah gerai pempamer dan jualan daripada pemaju hartanah, agensi kerajaan dan syarikat swasta.

"Antara yang terlibat iaitu pejabat Setiausha Kerajaan Negeri Johor bahagian Perumahan Negeri Johor dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, Johor Land Berhad; UEM Sunrise Berhad; Mah Sing Group Berhad dan Mutiara Rini Sdn. Bhd.

"Selain itu, Glomac Sutera Sdn. Bhd; Casa Andaman Sdn. Bhd; Aturan Prisma Sdn. Bhd; Bank Negara; Affin Bank; Bank Simpanan Nasional (BSN); Bank Islam; Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); JobsMalaysia Johor dan PMB Investment Berhad," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

IPPJ memberitahu, karnival terbabit dibuka bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam pada tempoh tersebut.

"Karnival ini satu daripada tanggungjawab korporat Johor Corporation (JCorp) melalui Institut Pembangunan Pengurusan Johor memberi peluang kepada seramai mungkin bangsa Johor khususnya Bumiputera untuk mendapatkan maklumat mengenai produk dan pemilikan rumah melalui pameran  yang diadakan sekali gus berpeluang memiliki rumah di Johor," ujarnya.

Menariknya lagi, karnival terbabit juga menyediakan maklumat pembiayaan pemilikan hartanah atau perumahan terkini daripada agensi kewangan dan berkaitan serta pendedahan panduan pembelian hartanah perumahan dan hak sebagai pembeli rumah.

Selain daripada gerai pempamer dan jualan, pelbagai aktiviti dan program turut diadakan termasuk Kaunter Khidmat Nasihat, Jualan dan Pemilikan Hartanah dan Tawaran Peluang Kerjaya oleh JobsMalaysia Johor.

Maklumat lanjut dan terkini tentang  Karnival Perumahan dan Hartanah Negeri Johor 2017 boleh di dapati di laman facebook rasmi Karnival Perumahan & Hartanah Negeri Johor atau hubungi talian 07-222 1767/222 1768. - K! ONLINE