Kementerian itu dalam kenyataannya hari ini berkata, program karnival kerjaya itu dijangka menghimpunkan 435 majikan dengan penawaran 25,000 kekosongan jawatan di seluruh negara.

Kekosongan jawatan yang ditawarkan mengikut kategori ialah  7,000 kekosongan atau 28 peratus bagi kelayakan diploma dan ijazah ke atas, Sijil Kemahiran Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (TVET) 12,000 kekosongan (48 peratus) dan Sijil Pelajaran Malaysia dan ke bawah adalah sebanyak 6,000 (24 peratus) kekosongan jawatan, kata kementerian itu. 

Kekosongan jawatan yang ditawarkan mengikut sektor pula ialah bagi pembuatan terdapat 13,500 kekosongan jawatan, perkhidmatan 8,000 kekosongan jawatan dan 3,500 kekosongan jawatan bagi lain-lain sektor.  

"Secara puratanya, gaji yang ditawarkan bermula RM1,000 hingga RM6,000 sebulan," katanya. - Bernama