Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Kapten (M) Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kapal penangkapan ikan FV 'Fuyuanyu 677' dan kapal tangki MT 'Sentek 33' itu dikesan sebuah bot ronda APMM pada 4.05 petang, ketika sedang bersauh di kedudukan kira-kira 3.6 batu nautika tenggara Tanjung Penyusup, Pengerang.

Beliau berkata, kapal penangkapan ikan yang berdaftar di China itu, membawa 11 kru warga China, berusia antara 28 tahun hingga 50 tahun.

"Kapal yang sedang bersauh itu, pada ketika itu sedang menerima minyak disyaki jenis Marine Gas Oil (MGO) daripada MT Sentek 33," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, MT Sentek 33 yang berdaftar di Singapura sedang membawa tujuh kru warga Indonesia, Singapura serta Myanmar, berusia antara 28 dan 69 tahun. - Bernama