Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya, Mohd. Hafiz Mat Dali berkata, kebakaran itu melibatkan timbunan barangan lusuh di tingkat bawah bangunan tersebut yang terbakar secara tiba-tiba.

“Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 4.43 petang dan seramai 12 anggota beserta sebuah jentera dan kenderaan Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (ERMS) dari BBP Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, seramai tujuh kanak-kanak berusia antara satu hingga lapan tahun mengalami sesak nafas akibat terhidu asap kebakaran itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Hafiz menambah, kesemua mangsa dibawa ke tempat yang selamat serta jauh dari punca api dan kemudiannya diberikan rawatan lanjut oleh pasukan ERMS. - K! ONLINE