Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian melibatkan kereta Proton Perdana dan Volvo itu dilaporkan berlaku pada pukul 3.24 pagi dan mangsa, Terry Ong Teck Rui disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulai.

Mereka yang cedera ialah pemandu Proton Perdana, Hee Zhi Yew, 20  (lelaki) serta dua penumpang wanitanya iaitu Teoh Pei Wen, 20,  dan Yap Lee Hua, 48, serta pemandu kereta Volvo berkenaan.

"Siasatan awal mempercayai kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Zhi Yew yang dinaiki kanak-kanak serta dua wanita berkenaan dilanggar dari arah belakang oleh kereta Volvo dipandu seorang lelaki berumur 37 tahun.

"Kemalangan menyebabkan kesemua pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan mengalami kecederaan. Kesemua mangsa dibawa ke hospital dan seorang penumpang iaitu kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia oleh doktor ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya menerusi kenyataan di sini. - Bernama