Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Muhammad Faris Aqeel Mohd. Afif, 7, pelajar tahun satu Sekolah Rendah Islam Abim Indera Mahkota 2 di sini dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam parit tersebut bersama adiknya, Muhammad Firas Adam, 5.

Bapa Mangsa, Mohd. Afif Abd. Razak, 32, mengetahui kejadian berkenaan selepas dimaklumkan jirannya yang telah menyelamat Firas.

"Saya nampak selipar Faris dan terus terjun ke dalam parit yang dalamnya lebih lapan meter dan memui mayatnya di dasar.

"Saya cuba beri bantuan pernafasan namun dia sudah tiada.

" Dia anak sulung saya, harapan keluarga. Baru dua hari saya sempat hantar dia ke sekolah" katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini hari ini.

Mangsa telah dihantar ke HTAA untuj bedah siasat manakala adiknya kini berada di unit kecemasan untuk rawatan lanjut. - K! ONLINE