Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati ibu mangsa berusia 32 tahun meletakkan keretanya jenis Proton Saga di lokasi berkenaan tanpa menyedari anaknya masih berada di dalam kenderaan.

"Pada pukul 1 petang, ibu mangsa mula tersedar telah tertinggal anak perempuannya di dalam kereta dan apabila kembali dia mendapati anaknya sudah tidak sedarkan diri lalu segera membawanya ke Klinik Kesihatan Port Dickson.

"Kematian kanak-kanak itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh seorang petugas di Klinik Kesihatan Port Dickson," katanya dalam satu kenyataan di sini petang ini.

Zainudin berkata, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - K! ONLINE