Kematian Mohd, Nazmi disahkan oleh adiknya, Mohd. Nazrin, 29.

Menurut Mohd. Nazrin berkata, abangnya yang masih bujang telah menaiki penerbangan ke Phuket pada 24 Januari lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor untuk bercuti bersama tiga lagi rakannya.

Bagaimanapun, sebaik sampai di Phuket, abangnya yang merupakan anak sulung daripada lapan beradik telah mengalami demam pada hari pertama ketibaannya di pulau peranginan itu.

“Dua hari selepas berada di hotel, rakan-rakannya menghantar arwah ke hospital kerana dia semakin lemah sebelum meninggal dunia dua minggu selepas dirawat,” kata Mohd. Nazrin ketika ditemui di rumahnya Kampung Seri Muda di sini semalam.

Katanya, kos rawatan abangnya selama dua minggu mencecah RM85,000 dan hasil sumbangan dalam kalangan ahli keluarga, semua kos tersebut dapat dilangsaikan. - K! ONLINE