Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi, Ahmad Shaid Mohtar, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Md. Asri A. Wahab berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Lumpur dari Sungai Besar dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y150. 

Katanya, mangsa kemudiannya dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah treler yang membawa muatan besi keluli. 

"Akibat pelanggaran itu, mangsa yang parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE