Serbuan pukul 9.30 malam itu dilakukan  Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. 

Kesemua suspek ditahan melibatkan dua warga tempatan dan masing-masing warga India dan Nepal berusia 20 hingga 33 tahun. 

Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, serbuan itu hasil maklumat awam berhubung kegiatan perjudian di kawasan itu sejak beberapa bulan yang lalu.

"Kita turut merampas beberapa peralatan judi antaranya, papan pertaruhan, dua biji bola getah, kain, alat penimbang air, bingkah kayu, lampu serta wang tunai RM1,730.

"Keempat-empat suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk siasatan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Azmi menegaskan, kesemua mereka  disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - K! ONLINE