Dalam kejadian pukul 8.30 pagi, Nor Izati Baharin, 14, menyelamatkan adik bongsunya, Nor Ain Hawanie, 5, yang sedang tidur daripada rentung.

Kedua-dua beradik itu bernasib baik apabila mereka tidak mengalami kecederaan walaupun terpaksa menghidu asap tebal sehingga mengalami sesak nafas.

Dalam kejadian itu, sebanyak 12 rumah kongsi pekerja kilang papan yang dihuni 12 keluarga hangus dan mereka kini tinggal sehelai sepinggang.

Menurut Nor Izati, ketika kejadian, dia bersama seorang lagi adik lelakinya, Mohd. Aidil Idham, 11, sedang berada di dalam bilik sebelum menyedari rumah mereka terbakar apabila melihat asap tebal dari rumah jirannya.

“Saya kemudiannya menjerit dan menyuruh Aidil keluar rumah menyelamatkan diri. Saya selepas itu bergegas ke bilik tidur Nor Ain dalam keadaan kelam-kabut.

“Setiba di bilik, saya mengejutkan Nor Ain dan kami kemudiannya keluar dari rumah dengan meredah api. Ketika itu, kami hampir lemas akibat terhidu asap tebal namun bersyukur apabila berjaya keluar dari rumah yang sedang terbakar,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.