Pengarah FAMA ne­geri, Che Samudin Hassan berkata, terdapat 12 daripada 30 pasar tani di negeri ini kebanyakannya di daerah Melaka Tengah dikenal pasti kurang mendapat sambutan yang sedang dinilai semula oleh pihaknya.

“Kita akan memberi nafas baharu kepada pasar tani yang kurang mendapat sambutan dengan menambah baik kemudahan.

“Antaranya menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan lokasi sesuai yang mudah diakses oleh orang awam, mempunyai kemudahan tempat letak kenderaan dan menganjurkan di kawasan perumahan yang jauh dari pasar raya besar,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.