Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, ini berikutan kedua-dua negara itu mampu menghasilkan cili pada tempoh melebihi musim sepatutnya bagi produk tersebut. 

Katanya, kajian kos dan pengeluaran cili berkenaan turut dipertanggungjawabkan kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

"Kita amat mengambil berat terhadap petani-petani muda yang wujud menerusi skim-skim kementerian seperti Skim Agro Usahawan Muda supaya mereka mampu bersaing dan meningkatkan pendapatan mereka. 

"Kesemua kajian itu membolehkan cili yang dihasilkan nanti mampu bersaing dengan produk sama yang dihasilkan oleh luar negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Sallehhuddin menjelaskan beliau turut mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membuka lebih ruang dan peluang kepada pengusaha tempatan untuk menjual terus kepada 1,500 outlet Fama termasuk di pasar tani dan agrobazar. 

Terdahulu beliau melakukan pemeriksaan mengejut terhadap sembilan buah kontena mengandungi cili yang diimport dari Vietnam diperiksa di Tapak Penyimpanan Kontena 2 (CT2), Pelabuhan Klang bagi mengenalpasti Tahap Maksimum Residu (MRL) pada hasil pertanian berkenaan.

Pemeriksaan itu dilakukan bersama Jabatan Pertanian dan MARDI serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). 

"Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesan sekiranya terdapat sebarang jangkitan penyakit iaitu perosak lalat buah cili (Bactocera latifrons) dan penggunaan sisa racun makhluk perosak," jelas Mohd. Sallehuddin. - K! ONLINE