Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Abd Mutalip Abd Rahim berkata, antara kaedah yang boleh dipertimbang adalah memberi kaunseling atau pandangan sejak awal kepada wanita warga emas sebelum mereka berkahwin dengan lelaki warga asing.

"Mungkin kita (JAINJ) mengambil kaedah bagi perkahwinan yang berbeza umur mengikut cara kufu (sama taraf), bila ada kes seperti ini dengan dari awal lagi kita akan bagi kaunseling," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini.

Abd Mutalip berkata demikian menjawab soalan Mohd Ismail Roslan (BN-Semerah) yang ingin tahu adakah kerajaan akan mewujudkan dasar mengenai perkahwinan wanita Islam tempatan warga emas atau berusia lanjut dengan warga asing muda dan kacak yang antaranya hanya bertujuan untuk mengeksploitasi, misalnya untuk mereka mendapatkan kemudahan perniagaan.

Mohd. Ismail dalam soalannya memberi contoh berlaku eksploitasi perkahwinan di kawasannya melibatkan peniaga lelaki warga asing berusia 35 tahun yang berkahwin dengan wanita warga emas berusia 65 tahun. - Bernama