Kafe tersebut merupakan cawangan ke-282 milik Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd. (Berjaya Starbucks) yang dibuka di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Bhd. dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia, Sydney Quays berkata, kafe tersebut sepatutnya akan dibuka bermula esok namun terdapat pelanggan sudah menanti di luar premis.

"Disebabkan terlalu ramai pelanggan yang bertanya jadi kafe ini dibuka awal sehari untuk orang ramai walaupun hari ini adalah untuk pra-pembukaan kepada tetamu jemputan sahaja. Saya teruja dengan sambutan yang diberikan oleh orang ramai.

"Kafe Starbucks ini betul-betul istimewa kerana kesemua 12 orang pekerjanya adalah merupakan anak kelahiran Kelantan. Pengurus cawangan ini sudah bekerja selama 12 tahun di Kuala Lumpur dan apabila berpeluang balik ke negeri sendiri dia amat gembira," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sydney berkata, Berjaya Starbucks sedang dalam perencanaan untuk membuka sebuah lagi cawangan kafe tersebut di bandar ini dalam tempoh enam bulan akan datang.

"Mungkin kita akan membuka sebuah lagi kafe ini di lokasi lain dengan konsep berbeza dan sebuah kios di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa," katanya. K! ONLINE.