Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, pengurangan levi itu turut melibatkan sektor perladangan dan pertanian yang dikurangkan daripada RM3,500 kepada RM2,000.

Jelasnya, hanya PLKS yang tamat pada 30 April 2019 dan ke atas sahaja layak diberikan pengurangan kadar levi.

“Bagi PLKS yang tamat pada 29 April lalu dan ke bawah, kadar levi kekal pada kadar RM10,000 dan RM3,500.

“Ia merupakan pengurangan kadar levi bagi tahun ke-11 selaras dengan Perintah Fi (Pas Penggajian, Pas Lawatan Kerja Sementara) Dan Pa Kerja) (Pindaan) 2019 yang telah diwartakan pada 30 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Dzaimee, majikan perlu hadir sendiri bagi membuat lanjutan PLKS tahun ke-11 di Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya bagi kawasan semenanjung dan Ibu Pejabat Negeri bagi Sabah, Sarawak serta Labuan. - K! ONLINE