"Belum buat, belum buat lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Kabinet telah membuat keputusan berhubung pengambilalihan berkenaan.

Pada 23 Februari lepas, Mahathir mengumumkan cadangan pengambilalihan keempat-empat konsesi lebuh raya berkenaan.

Lebuh raya tersebut ialah Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Smart).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, kerajaan Persekutuan pada 21 Jun telah mengemukakan tawaran bersyarat, tertakluk kepada kelulusan Kabinet, untuk mengambil alih empat lebuh raya itu dengan kos RM6.2 bilion. - Bernama