Beliau berkata, laporan polis itu dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor tengah hari tadi menerusi pegawal pengiringnya.

Katanya, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) turut dilakukan berhubung isu sama.

"Saya mengambil maklum terdapat fitnah yang disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab melalui akaun Facebook 'Aku Darah Anak Malaysia - ADAM' yang dimuat naik pada Selasa lalu mengaitkan saya dengan Amirudin.

"Laporan polis dan SKMM dilakukan berikutan fitnah tersebut yang boleh mencemarkan imej dan kredibiliti saya selaku ADUN serta pentadbiran kerajaan negeri Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan telah berbincang dengan pihak peguam untuk tindakan undang-undang.

Jelas Juwairiya, pihaknya akan memantau kes ini dengan sepenuhnya untuk menentukan tindakan lanjut.

"Apa yang pasti ianya fitnah dan saya menegaskan bahawa saya tidak berada di lokasi itu pada tarikh yang didakwa itu," katanya.

Semalam, Amirudin menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan seorang ADUN wanita dari negeri ini.

Dakwaan itu dilaporkan timbul berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di sebuah hotel di Sandakan, Sabah pada 11 Mei lalu. - K! ONLINE