Tertuduh, Mastura Ab. Llah, 26, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Khairuddin Anhar Mahmud.

Menurut pertuduhan, Mastura didakwa melakukan jenayah pecah amanah itu sebanyak tiga kali dengan mengambil wang berjumlah RM905 tanpa pengetahuan pihak stesen minyak berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Hentian Gua Musang, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis antara bulan Disember 2018 hingga 5 Januari lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan sebat serta denda.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Waffy Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 selain menetapkan 31 Januari ini untuk sebutan semula kes. - K! ONLINE