Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, jurutol wanita berusia 30-an itu yang berada di dalam pondok tambah nilai tersebut hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kejadian berlaku apabila muatan barangan lusuh yang dibawa dengan treler itu tersangkut dan merempuh pondok tol berkenaan.

"Siasatan mendapati, treler itu membawa muatan  berlebihan dan tersangkut pada pondok tol sehingga roboh.

"Sebahagian runtuhan itu menimpa bumbung sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang berada di lorong bersebelahan di lorong paling kiri," katanya kepada kepada pemberita sebentar tadi.

Menurutnya, jurutol dan pemandu kereta tersebut hanya cedera ringan, manakala pemandu treler tidak cedera. - K! ONLINE