Tertuduh Azizan Mohamed Yassin, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun dan memohon untuk dibicarakan.

Mengikut kertas pertuduhan, Azizan yang bertugas di Jabatan Kerja Raya(JKR) Daerah Kulai (ketika itu) didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan bernilai RM25,000 daripada Abu Bakar A. Aziz.

Suapan itu yang dibayar menggunakan akaun Maybank milik Zaharah Ahmad adalah sebagai dorongan untuk memberikan kerja-kerja menaik taraf cerun dan parkir kenderaan jabatan berbumbung di JKR Daerah Kulai kepada Abu Bakar selaku kontraktor.

Kesalahan dilakukan di Maybank Cawangan Taman Universiti, Jalan Kebudayaan 4, Taman Universiti, Skudai di sini kira-kira 4.03 petang pada 23 Okt 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum menerusi Seksyen 24(1) akta sama iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Khazrin Hafiz Khalil manakala tertuduh diwakili peguam, Azi AzlinZulkifli. - Bernama