Hasil siasatan pegawai penyiasat kanan jenayah dari Jabatan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri mendapati kematian Martin Leonhard Brill, 46, bukan berpunca daripada unsur jenayah.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan disahkan meninggal dunia kerana tekanan jiwa, tidak makan, muntah-muntah serta ketagihan alkohol dengan niat membunuh diri.

Menurut penjaga hotel, S. Shanker, 47,  lelaki berkenaan telah mandaftar masuk sejak 12 November lalu menunjukkan tanda pelik sejak hari keempat menginap di situ.

“Dia ada meluahkan rasa sedih sebab dua bulan lalu adik lelaki dan adik perempuannya mati dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di Jerman semasa menunggang motosikal.

“Pagi tadi saya dimaklumkan oleh salah seorang pekerja telah ternampak kedua-dua kaki lelaki berkenaan terlunjur di luar pintu bilik, setelah diperiksa lelaki berkenaan sudah tidak bernafas,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE