Tiga keping gambar berhubung kejadian itu tular di laman sosial sejak semalam menunjukkan muka jururawat berlumuran darah selain bilah kipas yang tercabut.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik, kejadian itu berlaku ke atas seorang petugas Penolong Perkhidmatan Kesihatan (PPK) dari Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah (Tuta), Skudai.

Susulan itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Selahuddeen Abd. Aziz mengesahkan kejadian itu menimpa petugas PPK Selesa lalu.

"Saya ada terima mengenai perkara ini, mangsa merupakan seorang Penolong Perkhidmatan Kesihatan (PPK) dari Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah (Tuta), Skudai.

"Bagaimanapun kecederaan yang dialami petugas ini tidak lah serius dan sudah menerima rawatan di Unit Pesakit Luar, beliau juga turut diberikan cuti lanjutan sehingga benar-benar sembuh," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE