Irwan Majid, 35, membawa pulang RM2,500 bagi kategori Gambar Terbaik Dalam Berita dan RM500 bagi kategori merit Gambar Terbaik Keseluruhan berserta sijil.

Beliau mempertaruhkan empat penyertaan bagi kategori rencana, berita, sukan dan foto terbaik.

Irwan kini berkhidmat sebagai jurufoto bagi akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia di Sabah sejak tahun lalu.

Beliau yang telah tujuh tahun berkhidmat bersama syarikat ini pernah bertugas di Biro Kelantan antara tahun 2012 hingga 2013.

Anugerah Kewartawanan Shell Kinabalu 2017 yang dianjurkan sejak tahun 1992 mengiktiraf pengamal media di sekitar negeri ini.

Penganjuran anugerah pada tahun ini menyaksikan 290 penyertaan daripada pelbagai pengamal media cetak dan elektronik di Sabah.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman; Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Lain Lo dan Presiden Persatuan Wartawan Sabah, Muguntan Vanar. - K! ONLINE