Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata berlaku pengurangan 419 mangsa berbanding 4,686 orang  yang direkodkan petang tadi.

Beliau berkata sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Menuang Baru, di Limbang juga telah ditutup petang ini.

"Sejumlah 4,267 mangsa banjir ditempatkan di 23 buah PPS iaitu di Samarahan 106 orang, Serian (1,201), Sarikei (lapan), Sibu (1,028), Mukah (89), Bintulu (1,513) dan Limbang (322)," katanya. - Bernama