Pagi tadi, sejumlah 3,092 mangsa dilaporkan masih lagi berada di 14 PPS.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata di Serian 453 mangsa terlibat, Sarikei (8 mangsa), Sibu (823 mangsa), Mukah (107 mangsa) dan Bintulu sebanyak 646 mangsa.

Setakat ini, empat PPS  telah ditutup iaitu Dewan SJK (C) Cheng Hua di Sibu, Dewan Suarah Bintulu, Bintulu, Dewan Buluh Baloi di Limbang dan Dewan Kampung Balai Ringin di Serian.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam kenyataan melaporkan sejumlah 4,215 murid, 624 guru dan 279 staf sokongan di 47 sekolah masih terjejas akibat banjir. - Bernama