Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Mejar Ismail Mahedin berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, sebanyak 32 pusat pemindahan banjir telah dibuka di tujuh bahagian yang terjejas.

Menurutnya, jumlah mangsa yang terjejas akibat bencana tersebut telah meningkat berbanding 4,618 orang daripada 1,369 keluarga direkodkan petang semalam.

"Bahagian Samarahan kini mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 1,483 mangsa daripada 448 keluarga.

"Di bahagian Bintulu pula, seramai 1,321 mangsa daripada 379 keluarga direkodkan diikuti Serian dengan 1,227 mangsa daripada 389 keluarga," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. - K! ONLINE