Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata, ketika ini, Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok menempatkan 843 orang daripada 189 keluarga, manakala Surau Pulau Tempurung pula menempatkan 105 mangsa daripada 18 keluarga.

Sekolah tersebut tidak dapat beroperasi untuk sesi pembelajaran ekoran digunakan sebagai pusat pemindahan sementara.

Che Adam berkata, kesemua 948 mangsa banjir itu dijangka  dibenarkan pulang pada pagi ini memandangkan banjir sudah surut sepenuhnya.

"Jika keadaan telah beransur pulih keseluruhannya, dua pusat pemindahan sementara itu akan ditutup sepenuhnya, tertakluk kepada keputusan Pegawai Daerah Kemaman," katanya. - Bernama