Kesemua mangsa ditempatkan di 41 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Menurut aplikasi info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas masih merekodkan jumlah tertinggi dengan 6,652 mangsa daripada 2,936 keluarga yang ditempatkan di 27 PPS, diikuti Tumpat dengan 3,704 orang (1,319 keluarga) di lapan PPS.

Di KotaBharu, terdapat 102 mangsa (25 keluarga) di dua PPS, 121 mangsa (30  keluarga) di tiga PPS di Pasir Puteh dan 29 mangsa (lapan keluarga) di sebuah PPS di Tanah Merah.

Portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) pula melaporkan paras air di SungaiGolok di Rantau Panjang menurun kepada 10.25 meter pada7 pagi ini berbanding 10.37 meter pada 8 malam tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula turun kepada 3.46 meter berbanding 3.50 meter dalam tempoh sama. Paras bahaya 2.50 meter.
Sementara itu, portal e-Banjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalanu tama ditutup kepada kenderaan setakat 8 pagi ini dan cuaca dilaporkan mendung. - Bernama