Beliau menyifatkan angka itu masih membimbangkan walaupun ia telah menurun sejak 2016.

Abang Mat Ali berkata pada 2016, sebanyak 50 kes dicatatkan di sekolah rendah dan 60 kes di sekolah menengah di seluruh negeri sementara pada 2017 jumlah itu menurun kepada 47 kes di sekolah rendah dan 42 kes di sekolah menengah.

Beliau berkata kes-kes itu melibatkan buli secara fizikal, bahasa dan isyarat.

Abang Mat Ali berkata demikian semasa Seminar Kesatuan Guru Sarawak (STU) bagi Wanita dan melancarkan Kempen Anti Buli di Penview Hotel di sini hari ini.

Beliau berkata kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kes-kes buli di sekolah awam dan swasta di semua peringkat di kalangan gabungan pendidikan antarabangsa di Rantau Asia Pasifik.

"Melalui kepen ini, ia akan memberi lebih keyakinan keada mangsa dari segi tindakan yang perlu diambil apabila menghadapi situasi itu," kata beliau.

Sementara itu, presiden STU, Jisin Nyud berkata menangani isu buli di sekolah memerlukan ketekunan dan komunikasi terbuka dengan ibu bapa, guru dan pelajar sekolah.

"Ini bermakna sekolah dan ibu bapa memikul peranan yang berat kerana mereka harus mendidik anak-anak mengenai tingkah laku buli. Ia akan membantu semua kanak-kanak supaya berasa selamat di sekolah," kata beliau. - Bernama