"PDRM mengadakan Operasi Khas Bas selama 11 hari di seluruh negara bermula 20 November lepas bagi mengurangkan kadar kemalangan melibatkan pengangkutan awam itu bagi memastikan pemandu serta pengusaha bas sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelak kemalangan.

Operasi khas ini akan memfokuskan pemeriksaan kepada semua jenis bas iaitu bas ekspres, bas persiaran, bas kilang, bas sekolah, bas henti-henti dan bas mini,” katanya dalam sidang akhbar operasi khas bas di Plaza Tol Sungai Besi, di sini, awal pagi tadi.

Beliau berkata, PDRM juga melakukan ujian saringan air kencing terhadap semua pemandu bas ekspres sebelum mereka memulakan perjalanan.

“Seramai 2,544 pemandu bas menjalani ujian saringan kencing dan daripada jumlah itu, seramai 47 pemandu didapati positif dadah. - Bernama