Kata Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, sebanyak 187,606 barangan dapat dijual dalam masa seminit ketika waktu puncak kempen jualan murah berkenaan.

"Lebih daripada 113 juta tawaran telah dibuat sepanjang kempen jualan murah itu berlangsung," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kempen jualan murah itu telah berjaya mencapai sasaran kerana lebih banyak jenama, penjual dan rakan kongsi penyertai Shopee untuk jualan murah ini.

"Kami berterima kasih atas sokongan luar biasa mereka dalam memberi yang terbaik kepada pembeli di Shopee," ujarnya.

Beliau menjelaskan, jualan murah 9.9 itu telah menawarkan penghantaran percuma dengan setiap perbelanjaan minimum sebanyak RM9.

"Barangan makanan dan kecantikan wanita merupakan yang paling popular dicari manakala barangan paling laris adalah fon telinga tanpa wayar," jelas beliau. - K! ONLINE