Program selama tiga hari yang berakhir esok, menawarkan harga patut bagi tepung, beras, gula dan minyak masak berlangsung di Auditorium Cempaka Sari, Presint 2, Putrajaya.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof ketika merasmikan program itu berkata, program ini diadakan bagi menzahirkan komitmen kerajaan bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup terutama pada musim perayaan.

"Ini adalah satu usaha untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.

"Ia lebih kepada inisiatif membuka peluang dan ruang kepada usahawan (pengeluar) untuk memasarkan produk serta barangan secara terus kepada pengguna," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian itu di sini. - Bernama