Masaidi Mansor, 42, atau lebih dikenali Pak Jang Li berkata, siput mentarang yang dijual berharga RM10 hingga RM16 sekilogram (kg) mengikut saiz dan kualiti.

 "Rasanya yang manis dan enak selain didakwa mampu menyejukkan badan menyebabkan siput ini menjadi rebutan pelancong tempatan dari luar Perlis.

 "Sebanyak 100 kg mampu dijual pada hari biasa sementara pada hujung minggu dan cuti umum mencecah 250 kg sehari.

 "Kebiasaannya, siput mentarang boleh didapati dengan mudah di pantai berselut sepanjang Kuala Perlis dan Simpang Empat pada bulan November hingga Mei di Perlis ," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

 Dalam pada itu, Masaidi berkata, dia mampu menyara kehidupannya serta keluarga hanya dengan keuntungan jualan siput mentarang selain siput lain seperti lokan, retaj seribu serta belangkas.

 Mentarang enak dimasak sup, lemak cili api, tumis cili api, kari, rebus, goreng tepung dan goreng kunyit. - K! ONLINE