Operasi membabitkan 99 pegawai penguat kuasa di kesemua 17 pejabat JTK diketuai Ketua Bahagian Standard Perburuhan JTK Sarawak, Jamillah Putit.

Jamillah ketika ditemui semasa operasi di sebuah premis makanan di Bandar Baharu Batu Kawah (MJC) di sini berkata, pemeriksaan bertujuan memastikan majikan menunaikan hak-hak pekerja seperti pematuhan kadar gaji minimum, cuti sakit, bayaran kerja lebih masa dan juga bagi mengesan sama ada pekerja bawah umur dan warga asing digaji.

"Jika didapati berlaku pelanggaran undang-undang pihak Jabatan Tenaga Kerja Sarawak akan mengeluarkan surat notifikasi untuk meminta pihak majikan melakukan pematuhan undang-undang yang ditetapkan.

"Selain daripada itu, terdapat juga kes di mana pihak kami terus membuka surat siasatan untuk tujuan kompaun dan pendakwaan," katanya. - Bernama