Menteri Pembangunan Ushawan, Redzuan Md. Yusof berkata, perkara itu sedang dikaji oleh kementerian terutama dari segi kawal selia pembiayaan mikro kredit kepada usahawan.

"Sebenarnya telah banyak pembiayaan dana disediakan termasuk oleh pihak swasta, namun kelemahan yang saya sendiri lihat ialah apabila usahawan diberi peluang pinjaman perniagaan mereka tidak berdisipilin untuk membuat bayaran balik.

"Jadi di sini peranan kementerian untuk fokus kepada apa yang kita perlu buat untuk mendisiplinkan para usahawan, dana sebenarnya banyak termasuk dari skim pinjaman perniagaan oleh pihak swasta," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama JPUP di sini hari ini.

JPUP ditubuhkan bagi memperkasakan pembangunan usahawan dan ekonomi di negara ini di mana pengerusi tetapnya adalah Timbalan Menteri, Dr. Mohd. Hatta Ramli, jawatankuasa ini bersidang empat bulan sekali.

Menurut Redzuan, peranan utama jawatankuasa tersebut termasuk mengenalpasti strategi dan lan langkah-langkah yang efektif bagi menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh komuniti usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

"Selain itu, jawatankuasa ini juga mencadangkan intervensi kerajaan bagi mencapai objektif yang disasarkan termasuk menjadi pemudah cara kepada ushaawan dan PKS untuk memulakan perniagaan serta menyelaras dana keusahawanan.

"Ahli-ahli JPUP yang dilantik merupakan tokoh berpengalman dalam bidang keusahawanan daripada pelbagai industri dan penubuhannya dapat membantu pihak kementerian menggubal dasar dan melaksanakan program yang lebih relevan dan efektif," katanya.

Dalam perkembangan lain, Redzuan berkata, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Ushawan telah diputuskan  namun ada berlaku pertindihan fungsi melibatkan agensi tertentu dan perkara itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. - K! ONLINE