Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, JPN perlu bertindak pantas bagi memastikan peralatan dan buku teks yang rosak dapat diganti secepat mungkin.

"Jika ia melibatkan kerosakan buku teks akibat ditenggelami air, JPN sudah boleh buat laporan kepada pihak kementerian untuk persediaan bagi menggantikannya dengan buku teks baharu.

"Penilaian berhubung kerosakan peralatan dan infrastruktur sekolah pula perlu dibuat sebaik sahaja banjir surut," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Unit Hemodialisis Hospital Kuala Nerang di sini hari ini. - K! ONLINE