Pengerusi JPKRT Kemaman, Mohd. Shahir Abdul Rahman berkata, inisiatif itu bertujuan membantu kelangsungan Kosmo! dan Utusan Malaysia yang merupakan akhbar berbahasa Melayu paling berpengaruh di negara ini.

"Saya juga mengambil kesempatan agar orang ramai terutama ahli Rukun Tetangga menyokong kempen berkenaan dengan turut membeli kedua-dua akhbar terbabit setiap hari atau melanggan e-paper (suratkhabar digital).

"Semoga usaha kecil ini membantu Kosmo! dan Utusan Malaysia yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat negara ini dapat terus diterbitkan sampai bila-bila," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan program Merdeka Semarak Perpaduan yang merupakan anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kemaman.

Dalam pada itu, Mohd. Shahir juga menyeru lebih banyak syarikat korporat terutama dalam kalangan Bumiputera agar memain peranan dengan melanggan iklan dengan akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia. - K! ONLINE