Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohd. Nazam Harun berkata, pemenang turut berpeluang memenangi dua buah motosikal, tiga unit televisyen berukuran 32 inci selain 40 hadiah cabutan bertuah.

“Juara pertandingan JPKL bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000, naib juara RM3,000 manakala pemenang tempat ketiga RM1,000.

“Pemenang keempat RM400 manakala kelima hingga ke-10 akan menerima RM200 sementara pemenang tempat ke-11 hingga 120 menerima RM100,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, hadiah wang tunai turut disediakan bagi kategori khas ikan keli terberat dengan juara menerima hadiah RM400, naib juara RM300, ketiga RM200 dan keempat RM100.

Para peserta dikenakan yuran pertandingan RM50 untuk sebatang joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di Tasik Ampang Hilir pada 15 Disember bermula pukul 12 tengah hari hingga 10 malam dan pada hari pertandingan sebelum pukul 6.30 pagi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai JPKL melalui Facebook jorankl atau menghubungi urus setia di talian 013-305 2811, 013-266 7011 dan 012-284 6811. - K! ONLINE